Wikipedia:Portal momogun
Penghijrahan ke Parsoid
[simbanai toud]Baca pengumuman ini dalam bahasa lain
Salam sejahtera semua! Saya gembira dapat memaklumkan kepada anda semua bahawa sebagai langkah seterusnya dalam projek Penyatuan Penghurai (Parser Unification), Parsoid akan dihidupkan tidak lama lagi sebagai penghurai rencana lalai pada wiki anda. Kami secara beransur-ansur meningkatkan bilangan wiki yang menggunakan Parsoid, dengan tujuan menjadikannya penghurai wikiteks lalai untuk keluaran sokongan jangka panjang MediaWiki yang seterusnya. Hal ini akan menjadikan wiki kami lebih boleh dipercayai dan konsisten untuk kegunaan para penyunting, pembaca dan alatan, serta memudahkan pembangunan ciri wikiteks masa hadapan.
Jika hal ini mengganggu aliran kerja anda, jangan risau! Anda masih boleh memilih untuk tidak menggunakan Parsoid melalui pilihan pengguna atau mematikan Parsoid pada laman semasa menggunakan submenu Peralatan, seperti yang diterangkan dalam pendokumenan Extension:ParserMigration.
Terdapat juga maklumat lanjut berkenaan strategi pelancaran kami, termasuklah maklumat berkaitan ujian yang dilakukan sebelum kami menghidupkan Parsoid untuk wiki baharu.
Untuk melaporkan pepijat dan isu berkaitan, sila lihat pendokumenan isu yang diketahui kami dan jika anda menemui pepijat baharu, silalah cipta tiket phab dan tag Pasukan Transformasi Kandungan dalam Phabricator.