Pergi ke kandungan

Lakonan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lakonan ialah suatu cara penceritaan yang disampaikan dengan cara meniru dan menghayati diri pelaku (watak) dalam sesebuah cerita yang berlainan dengan dirinya yang sebenar.

Kata dasar lakon (Jawi: لاكون) menyerap dari bahasa Jawa ꦭꦏꦺꦴꦤ꧀ lakon melalui pengimbuhan ꦭꦏꦸ laku "berjalan" dan -an.[1][2] Lakon pada awalnya merujuk kepada suatu "tjeritera" acara penting dalam seni wayang menerangkan "sesuatu jang sedang berdjalan atau sesuatu “peristiwa” ataupun gambaran atau sifat kehidupan manusia sehari-hari",[2] lalu persembahan dalam lakon ini difahamkan sebagai suatu "pengalaman suatu perjalanan hidup" yang "mengubah kacau bilau [dunia] kepada keteraturan".[3]

Gambaran umum

[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, lakonan teater boleh dibahagikan kepada dua, iaitu lakonan tradisional seperti Bangsawan, Main Puteri, Mak Yong dan Menora, dimana watak dan jalan cerita telah pun dikekalkan dan tidak lagi berubah, walaupun setelah berlakunya perubahan zaman.

Teater moden pula merujuk kepada yang lain daripada yang di atas. Teater moden di Malaysia bergerak aktif tetapi kurang mendapat minat ramai kecuali kumpulan kecil. Usaha giat dijalankan untuk mendedahkan lagi teater kepada umum.

Wayang gambar pula mula bermula semenjak pengenalan kamera wayang pada sekitar 1940-an. Sekitar 1950-an hingga 60-an, Jalan Ampang di Malaysia, dan Jalan Kempas di Singapura menjadi terkenal sebagai penghasil filem-filem melayu.

Pada masa sekarang, drama video menjadi semakin popular dan banyak ditayangkan. Filem yang ditangkap dengan menggunakan filem boleh dipancarkan ke layar wayang tanpa kehilangan mutu gambar. Filem video untuk drama televisyen tidak sesuai untuk wayang disebabkan mutu gambar menjadi kurang baik apabila diperbesarkan.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "m/s. 662". Dewan Bahasa. No. 29. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1985.
  2. ^ a b Dr. A. Seno Sastroamidjojo (1964). Renungan tentang Pertundjukan Wajang Kulit. Jakarta: Penerbit PT. Kinta. m/s. 98.
  3. ^ Bagoes P. Wiryomartono (2016). Javanese Culture and the Meanings of Locality: Studies on the Arts, Urbanism, Polity, and Society. Lexington Books. m/s. 79. ISBN 9781498533089.