Bentuk huruf M berasal dari huruf PhoeniciaMem, melalui huruf YunaniMu (Μ, μ). Huruf Mem Semitik mungkin sekali melambangkan air. Diketahui bahawa masyarakat Semitik yang hidup di Mesir kira-kira 2000 SM meminjam hierogif air yang asalnya melambangkan konsonan sengau alveolar (/n/), kerana perkaraan Mesir untuk "air" berbunyi "n-t". Simbol yang sama ini dijadikan huruf M dalam bahasa Semitik, kerana perkataan mereka untuk air bermula dengan bunyi tersebut.