Soprano
| Lingkungan Suara |
Suara Wanita
Suara Lelaki
Kaitan |
Soprano ialah penyanyi wanita yang kebiasaannya mempunyai lingkungan suara dari "C tengah" (C4) hingga ke "A atas" (A5) untuk muzik koral (atau koir); atau mempunyai lingkungan suara dari "C6, dua oktaf di atas C tengah" untuk muzik opera. Namun terdapat juga soprano yang boleh menyanyi lebih tinggi atau rendah dari lingkungan suara kebiasaannya. Dalam nyanyian 4 penyanyi koral berharmoni, penyanyi soprano adalah penyanyi bersuara tertinggi yang kebiasaannya membentuk melodi muzik nyanyian.
Perkataan "soprano" secara umumnya merujuk kepada penyanyi yang bersuara tertinggi dalam lingkungan suara wanita, sesekala digunakan juga untuk lelaki. Penyanyi kanak-kanak lelaki yang belum pecah suara dikenali sebagai "boy soprano" atau juga sebagai trebal (treble) untuk nyanyian gereja. Penyanyi lelaki dewasa yang mampu menyampaikan nada setinggi ini dikenali sebagai sopranis dan penyanyi lelaki yang menggunakan falseto (teknik pemalsuan suara) untuk nyanyian nada setinggi ini dikenali sebagai kauntertenor.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kewujudnya soprano lelaki adalah berdasarkan tamadun lama yang mana kaum wanita tidak dibenarkan menyanyi di dalam gereja ataupun di sesetengah persembahan terbuka. Oleh itu, penyanyi soprano kanak-kanak lelaki (boy soprano) digunakan untuk menyanyikan bahagian nada tinggi di dalam gereja. Pada ketika itu, kebanyakan penyanyi soprano kanak-kanak lelaki ini dikembirikan sebelum mencapai akil baligh untuk mengelakkan suara mereka bertukar apabila dewasa. Apabila sudah dewasa, kanak-kanak lelaki yang telah dikembirikan dikenali sebagai kastrati (atau kastrato).
Kategori suara (fächer) dan bahagian soprano dalam opera
[sunting | sunting sumber]| Lingkungan suara mengikut nota paparan keyboard |
Dalam opera, tessitura (corak suara), berat suara, dan timbre (kualiti dan warna suara) seorang soprano dan peranan yang mereka nyanyikan kebiasaannya dikategorikan menurut jenis suara, kerap dipanggil fach atau fächer, yang diambil dari bahasa Jerman.
Nota untuk penjelasan lingkungan suara dan tessitura (corak suara): Penyanyi pop dan penyanyi koral (koir) diklasifikasikan dalam bahagian suara berdasarkan lingkungan suara; Penyanyi klasikal solo pula diklasifikasikan dalam bahagian suara menurut tessitura (corak suara), yang mana suara mereka perlu berada dalam timbre (kualiti dan warna suara) yang terbaik dan senang diubah (suara dinamik). Sebagai contoh, seorang penyanyi soprano dan penyanyi mezzo-soprano boleh menyampaikan nada tinggi atau rendah yang sama, tetapi tessitura (corak suara) mereka terletak dalam lingkungan yang berbeza.
Lingkungan suara soprano:
Suara terendah soprano adalah di antara B3 atau A3 (bawah sedikit dari C tengah). Jarang sekali untuk seorang soprano tidak berupaya mencapai nota rendah.
Suara tertinggi yang paling minima; seorang soprano bukan koloratura perlu mencapai "soprano C" (C6, dua oktaf di atas C tengah), dan kebanyakan peranan untuk repertoir piawaian bagi seseorang soprano adalah D6 atau D – 6 datar. Ada juga sesetengah peranan yang mencapai E – 6 datar. Untuk repertoir seseorang koloratura, terdapat banyak peranan yang memerlukan E – 6 datar, seperti peranan "Queen of the Night" dalam opera "The Magic Flute" terdapat banyak staccato F6. Walaupun tanpa tessitura , seorang penyanyi soprano yang baik tetap boleh menyampaikan nada dengan ketinggian suara penuh bersama timbre dan penguasaan suara dinamik.
Berikut adalah fächer soprano opera diikuti dengan peranan piawaian repertoir mereka:



