Pergi ke kandungan

WiMAX

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

WiMAX atau Kebolehoperasian Seluruh Dunia bagi Capaian Gelombang Mikro (bahasa Inggeris: Worldwide Interoperability for Microwave Access) ialah sebuah set piawaian komunikasi jalur lebar tanpa wayar yang berdasarkan set piawaian IEEE 802.16, yang menyediakan pilihan lapisan fizikal (PHY) dan kawalan capaian media (MAC).

Nama "WiMAX" direka oleh Forum WiMAX yang diasaskan pada Jun 2001 untuk memupuk kepatuhan dan saling kendali dalam piawaian berkenaan. Forum ini menyifatkan WiMAX sebagai "tekonologi berasaskan piawaian yang membolehkan penyampaian capaian jalur lebar wayarles 'jarak paling jauh' sebagai alternatif kepada kabel dan DSL".

Pakistan sekarang mempunyai rangkaian WiMAX seluruh negara berfungsi sepenuhnya yang terbesar di dunia.[1] Wateen Telecom memasang rangkaiannya di 17 buah bandar di seluruh Pakistan menggunakan perkakasan Motorola.[2]

Selain itu, terdapat perdebatan tentang kebahayaan penggunaan teknologi WiMAX secara meluas. Melalui kajian Satellite Users Interference Reduction Group (SUIRG), teknologi ini mengganggu isyarat Satelit C-Band.[3]

Lebar jalur dan kecapaian WiMAX menjadikannya sesuai untuk aplikasi berpotensi berikut:

  • Menghubungkan hotspot Wi-Fi dengan satu sama lain dan tempat-tempat lain di Internet.
  • Menyediarkan alternatif wayarles kepada kabel dan DSL untuk capaian jalur lebar jarak paling jauh.
  • Menyediakan perkhidmatan data dan telekomunikasi berkelajuan tinggi.
  • Menyediakan pelbagai punca kesalinghubungan Internet sebagai sebahagian rancangan kesambungan perniagaan, iaitu jika sesebuah perniagaan mempunyai sambungan Internet talian tetap dan wayarles, khususnya dari penyedia yang berlainan sekali, maka perniagaan tidak mungkin terjejas oleh gangguan saya guna perkhidmatan yang sama.
  • Menyediakan kesalinghubungan kembara.

Capaian jalur lebar

[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan syarikat sedang mengkaji WiMAX dengan terperinci untuk kesalinghubungan "jarak paling jauh" pada kadar data yang tinggi. Persaingan yang timbul boleh merendahkan harga untuk pengguna rumah dan perniagaan atau membawa capaian jalur lebar ke tempat yang tiada jalur lebar atas sebab ekonomi. Sebelum WiMAX, terdapat banyak pengendali yang selama ini menggunakan teknologi wayarles tetap proprietari untuk perkhidmatan jalur lebar.

Capaian WiMAX digunakan untuk membantu komunikasi di Aceh, Indonesia, selepas kejadian tsunami pada Disember 2004. Segala prasaran komumikasi di kawasan terbabit ranap, kecuali radio amatur, mengakibatkan para mangsa yang terselamat tidak dapat berhubung dengan orang di luar kawasan bencana. WiMAX menyediakan capaian jalur lebar yang membantu menjana semula komunikasi ke Aceh.

WiMAX digunakan oleh Intel untuk membantu FCC dan FEMA dalam usaha komunikasi di kawasan-kawasan yang terjejas oleh Taufan Katrina.[4]

Unit pelanggan

[sunting | sunting sumber]